Showing posts with label cara mudah buat coklat. Show all posts
Showing posts with label cara mudah buat coklat. Show all posts

Resepi Cara Buat Fruit and Nut Candy

Resepi Cara Buat Fruit and Nut Candy



Bahan-bahan

250 gm coklat masakan
2 sudu besar mentega
4 sudu besar susu pekat
350 gm gula aising
50 gm kacang hazel(panggang dan hancurkan)
50 gm kismis

Cara menyediakan:

1. Cairkan coklat masakan dengan mentega dan susu pekat.
2. Angkat dan masukkan gula aising dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan kacang hazel dan kismis, kacau rata.
4. Tuang kedalam loyang dan tekan.
5. Simpan dalam peti sejuk sehingga keras.

Sangatttt sedapppppp................yummy!

Untuk belajar lebih banyak tips dan resepi boleh rujuk- Panduan buat coklat buatan tangan
Tag : , ,

Resepi Bergambar Biskut Lolipop Bersalut Coklat

Hi kepada pembaca blog Buatcoklat2U. Harap anda semuanya sihat sejahtera. Kalau nak belajar buat coklat kena ceria-ceria selalu tau. Barulah coklat jadi sedap rasanya dan cantik rupanya. ;) Selain berkongsi cara membuat coklat, saya juga ingin berkongsi tips atau maklumat penting yang perlu diambil kira ketika menghasilkan coklat buatan tangan @ buat coklat handmade sendiri yang enak.

Resepi Bergambar Biskut Lolipop Bersalut Coklat

Jelasnya, ketika ingin me­nyediakan bahan, jangan sesekali biarkan air terkena pada coklat. Coklat memang pantang terkena air kerana apabila dicairkan, ia akan bergumpal dan tidak cantik untuk menghasilkan coklat atau kek.






Ketika mencairkan kepingan coklat, ia juga harus menggunakan suhu bersesuaian. Jangan terlalu panas atau sejuk kerana ia akan menjejaskan kualiti tekstur yang dihasilkan, sekali gus menyebabkan coklat atau kek tidak cantik.

Selain itu, kepingan coklat yang pernah digunakan jangan dibiarkan terdedah dan masuk angin kerana ia juga boleh menjadi penyebab coklat bergumpal ketika dicairkan.

Bagi memastikan lebihan kepingan coklat yang belum digunakan tidak terjejas rasa dan kualitinya, simpan di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Jangan letak di tempat panas atau peti sejuk kerana ia mudah rosak dan rasanya kurang enak.

Bersandarkan keyakinannya pada minat dan bakat dimiliki, perniagaan coklat dan gubahan hantaran dapat dijalankan secara dalam talian @ online.
Tag : , , , ,

Macam Mana Nak Kira Keuntungan Bisnes Coklat

Maaf ya. Saya benar-benar sibuk menyiapkan kerja saya. Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk mencoretkan artikel di blog kesayangan saya ini. Baru -baru ini ada pembaca blog yang bertanyakan saya Macam Mana Nak Kira Keuntungan Bisnes Coklat??

Oleh itu demi menjawab pertanyaan pembaca blog ini. Kali ini saya nak kongsi dengan anda subjek matematik mudah untuk pengiraan yang simple. Jom kita tengok bagaimana pengiraannya.

Bagaimana Mengira Keuntungan Bisnes Coklat? 

Ok, kebiasaannya kenduri kahwin hari Sabtu & Ahad. Jadi, kita ambil kira dari kiraan hari Satu dan Ahad sahaja dulu.

Dalam 1 bulan = 8 hari orang buat kenduri kahwin (Sabtu & Ahad)
1 tempahan coklat doorgift=1000 biji
Anda  jual dengan harga RM1.00 sebiji
= 1000 x RM1.00
= RM1000

Bayangkan jika anda menerima tempahan 2 orang setiap minggu.

= ( 2 Tempahan x 8 hari/sebulan x RM1000)= ??

Berapa anda akan perolehi dalam tempoh sebulan?

= RM16,000.00!!!

Wow! Pendapatan anda perolehi dari bisnes coklat Lebih kurang gaji seorang CEO tu? Bukan calang-calang orang boleh dapat duit sebanyak itu?? Jadi, kenapa anda masih ragu-ragu lagi untuk menjalankan bisnes coklat?

Jika anda berminat untuk tahu lanjut mengenai pengiraan keuntungan bisnes coklat ini, saya sangat syorkan anda untuk singgah ke website ini dan baca penerangannya >>Kira Kos & Untung Coklat Buatan Tangan<<
Tag : , , , ,

Cara Mudah Mencairkan Coklat versi VIDEO

Pada hari ini usaha membuat coklat sebenarnya tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Kalau dahulu membuat coklat amat rumit kerana ia pada awalnya bermula dengan bahan asas tepung koko dan memerlukan teknik dan peralatan yang khas.



Namun pada masa kini, membuat coklat telah dipermudahkan dengan bahan asasnya tidak lagi kita perlu menggunakan tepung koko tetapi membuat coklat boleh bermula dengan bar coklat yang telah tersedia ada dipasaran.

Membuat coklat dengan menggunakan coklat bar ini menjadikan kerja membuat coklat lebih mudah dan kita hanya memberi tumpuan kepada pencampuran coklat, pembentukan serta hiasan coklat.

Walabagaimana pun dalam usaha kita membuat coklat ini, jenis bar coklat yang sesuai perlu kita pilih bagi memastikan coklat bar yang kita gunakan dalam proses membuat coklat ini sesuai dengan resepi serta citarasa coklat yang ingin kita  buat.

Langkah awal dalam membuat coklat dengan menggunakan bar coklat adalah mencairkan bar coklat ini bagi membolehkan bahan - bahan lain dicampur dan digaul seterusnya coklat dibentuk keacuan yang sesuai. Untuk mencairkan bar coklat ini, cukup dengan kita menggunakan air panas sahaja.

Teknik dan cara mencairkan coklat boleh anda saksikan dalam video ini.

Untuk belajar lebih lanjut mengenai rahsia untuk memulakan perniagaan coklat buatan tangan di rumah boleh cuba layari>> Resepi dan Rahsia Berniaga Coklat Handmade<<
Tag : , , , , ,
 
© Buat Coklat Handmade | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO