Showing posts with label Peralatan Membuat Coklat Handmade. Show all posts
Showing posts with label Peralatan Membuat Coklat Handmade. Show all posts

Nak Jadi Usahawan Coklat Buatan Tangan?

Salam hujung mingguuu....

Semua orang bercita-cita nak buat extra income kan.. macam-macam cara orang buat, ada yang masuk MLM, ada jadi agen insurans, ada yang balik kerja jual burger, jadi tenaga pengajar kelas tusyen dan banyak lagi lah..

Tapi, kawan saya pulak memilih bisnes coklat hand made sebagai sumber pendapatan.

Anda tahu tak sebab apa syok sangat buat bisnes ni?

Saya nak kongsi dengan anda kisah kawan saya ini dalam artikel saya kali ini..

Jika anda seorang surirumah sepenuh masa, inilah peluang anda menambah pendapatan keluarga! Semasa anak tidur, anda boleh buat coklat ni. Jika anda sudah mempunyai kerja tetap, gunakan ruang waktu yang ada di rumah untuk siapakan tempahan coklat anda. Anda nak tahu ada kawan saya tu jalankan bisnes coklat ni hanya part time je! Duit gaji dia tak usik pun.. Best tak? hehe!

========================================================
# Margin Keuntungan Anda Tentukan Sendiri!
========================================================
OK katakan sepeket coklat compound berharga RM18.00 boleh
menghasilkan 90 biji coklat. Sekiranya anda menjual RM1.00 sebiji coklat bermakna :

90 x RM1.00= RM90.00

Berapa keuntungan yang anda perolehi? YA!!!RM72.00!
lebih daripada 150% kan ? Tu la sebabnya saya buat bisnes coklat ni

(Biasa tempahan coklat doorgift= 1000-1500 biji!)

========================================================
# Sentiasa Ada Permintaan!
========================================================
Benar!

Coklat buatan tangan memang tengah hot la sekarang ni.
Ada yang nak buat coklat untuk dijadikan :


  • Hantaran tunang
  • Hantaran perkahwinan
  • Doorgift atau cenderahati
  • Hadiah harijadi


Pendek kata sekarang ni coklat hand made memang laku! Andaikata anda serius untuk menjadi seorang usahawan coklat inilah masanya!

========================================================
# Anda TIDAK Perlukan Pekerja Extra!
========================================================
Memang benar!

  • Kawan saya hanya menjalankan bisnes ni sorang- sorang jer.
  • Tak perlu pikir nak bayar gaji pekerja pun.
  • Anda lah bos anda lah juga pekerja.
  • Anda yang tetapkan masa bisnes anda sendiri.

Seronok kan anda cuma perlu bekerja macam ni sahaja?

Bagaimana sekarang?

Anda dah faham kenapa saya syok giles buat bisnes coklat ni! Anda pun mesti tak sabar-sabar untuk memulakan langkah pertama menjadi usahawan coklat!

Jika anda berminat untuk buat bisnes coklat buatan tangan, saya sangat syorkan anda untuk singgah ke website ini dan baca penerangannya >>Panduan Bisnes Coklat Buatan Tangan<<

Semoga berjumpa lagi di lain masa dengan info-info berkaitan bisnes coklat hand made dari saya. Salam kejayaan untuk semua peminat coklat dan bagi mereka yang ingin belajar cara membuat coklat home made.

Tag : , , ,

Cara Buat Coklat Strawberry versi VIDEO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.......

Anda sudah tonton video cara buat coklat lolipop sebelum ini yang pernah saya kongsikan? Kalau belum boleh tonton kembali di artikel>> Cara Buat Coklat Lolipop versi VIDEO.

Kalau sudah menontohnya, jom kita saksikan pula Cara Buat Coklat Strawberry versi VIDEO yang saya kongsikan kali ini khas dari youtube. Memang terliur tengok strawberry yang lazat tu..hehe... Terus semangat untuk buat coklat strawberry malam ini jugak!

Meh layan Cara Buat Coklat Strawberry versi VIDEO;

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan satu panduan cara-cara dan resepi membuat coklat yang bagus walaupun anda langsung tidak mempunyai asas buat coklat, saya sangat syorkan anda untuk singgah ke website ini dan baca penerangannya >>Coklat Buatan Tangan<<
Tag : , , , ,

Cara Mudah Mencairkan Coklat versi VIDEO

Pada hari ini usaha membuat coklat sebenarnya tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Kalau dahulu membuat coklat amat rumit kerana ia pada awalnya bermula dengan bahan asas tepung koko dan memerlukan teknik dan peralatan yang khas.



Namun pada masa kini, membuat coklat telah dipermudahkan dengan bahan asasnya tidak lagi kita perlu menggunakan tepung koko tetapi membuat coklat boleh bermula dengan bar coklat yang telah tersedia ada dipasaran.

Membuat coklat dengan menggunakan coklat bar ini menjadikan kerja membuat coklat lebih mudah dan kita hanya memberi tumpuan kepada pencampuran coklat, pembentukan serta hiasan coklat.

Walabagaimana pun dalam usaha kita membuat coklat ini, jenis bar coklat yang sesuai perlu kita pilih bagi memastikan coklat bar yang kita gunakan dalam proses membuat coklat ini sesuai dengan resepi serta citarasa coklat yang ingin kita  buat.

Langkah awal dalam membuat coklat dengan menggunakan bar coklat adalah mencairkan bar coklat ini bagi membolehkan bahan - bahan lain dicampur dan digaul seterusnya coklat dibentuk keacuan yang sesuai. Untuk mencairkan bar coklat ini, cukup dengan kita menggunakan air panas sahaja.

Teknik dan cara mencairkan coklat boleh anda saksikan dalam video ini.

Untuk belajar lebih lanjut mengenai rahsia untuk memulakan perniagaan coklat buatan tangan di rumah boleh cuba layari>> Resepi dan Rahsia Berniaga Coklat Handmade<<
Tag : , , , , ,

Cara Buat Coklat Lolipop versi VIDEO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Semoga semuanya sihat disamping keluarga tersayang.

Saya ada menonton satu video tutorial dari youtube yang menarik iaitu cara buat coklat Lolipop. Saya rasa video tersebut sangat berguna untuk dikongsikan di blog saya ini. Terutamanya kepada orang yang memang berminat untuk belajar buat coklat buatan tangan dan tidak mengetahui apa-apa tentang coklat.




 Klik play untuk menonton video tutorial cara buat coklat lolipop.

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan satu panduan membuat coklat yang bagus walaupun anda langsung tidak tahu asas buat coklat, saya sangat syorkan anda untuk singgah ke website ini dan baca penerangannya >>Coklat Buatan Tangan<<
Tag : , , , , , ,

Apa Starter Kit asas perlu ada untuk buat coklat sendiri?

Salam buat semua pengunjung blog buat coklat handmade..Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria selalu ya. Amalkan senyuman manis semasa membuat coklat... Pasti bertambah sedap hasil coklat yang dibuat. InsyaAllah....

Hari ini saya nak berkongsi apa starter kit yang sesuai untuk asas anda yang ingin belajar buat coklat handmade anda sendiri di rumah... Ramai yang telah bertanyakan saya persoalan ini dan hari ini saya berkesempatan untuk menaip artikel ini buat anda semua...

Ini contoh starter kit untuk buat coklat Lollichoc sendiri di rumah;
  • 1 mold lollichoco 
  • 1 spatula -8 batang lollichoco 
  • 2 piping bag 
  • 1 botol paste (perisa) 
  • 1kg milk choco (anggaran 80-100 batang coklat lollichoco)

 

Di bawah ini ialah contoh-contoh gambar bentuk mould untuk bentukkan coklat;









Kepada yang berminat untuk belajar buat coklat handmade dengan lebih mendalam, saya syorkan anda untuk melihat sendiri ke website ini>> Rahsia Coklat Buatan Tangan dengan Kos Minimun<<
Tag : , , ,

Peralatan Sesuai Buat Coklat Handmade

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang peralatan sesuai buat coklat handmade (buatan tangan).Terdapat pelbagai jenis peralatan yang mampu memudahkan kerja-kerja memasak dan dalam pembuatan bakery. Adakah anda tahu peralatan yang sesuai untuk membuat coklat handmade? Saya percaya di dapur anda juga terdapat peralatan-peralatan tersebut. Food warmer, spatula, bekas stainless steel dan molds merupakan perlatan wajib yang perlu ada. Peralatan-peralatan ini sangat membantu anda. Bak kata orang, ia sebagai nadi utama dalam dunia pembuatan coklat handmade. Bagi yang tidak ada lagi peralatan-peralatan ini, anda disarankan untuk membeli sekarang sebelum kedai tutup.



Sekarang anda sudah pun memiliki peralatan-peralatan tersebut bukan? Ok, sekarang saya akan bagi tahu anda mengapa peralatan-peralatan ini sangat penting dalam pembuatan coklat handmade anda nanti. Secara umumnya, memang semua peralatan disekeliling kita untuk memudahkan kerja-kerja seharian kita. Tetapi bagaimana pula dengan peralatan-peralatan yang saya katakan tadi ?

1. Food warmer

Food warmer? saya pasti dikalangan anda masih belum tahu apa yang apakah itu food warmer.. Tengok gambar di atas macam tiada kena mengena sahaja. Food warmer sebenarnya digunakan untuk menyimpan haba selepas air panas dituangkan ke dalam food warmer tersebut. Proses ini akan dilakukan apabila anda mahu mencairkan coklat. Food warmer juga boleh digantikan dengan plus nasi (tempat letak nasi).

2. Spatula

Peralatan yang ke dua adalah spatula. Anda mungkin sudah tahu spatula mempunyai pelbagai jenis dan kegunaannya dalam sesuatu kerja. Jadi, bagaimana untuk memilih spatula yang terbaik dan sesuai? Anda pernah lihat tak spatula jenis plastik yang berwarna putih? Jika anda pernah lihat ataupun sudah pun ada di dapur anda, itulah spatula yang terbaik! Spatula ini digunakan untuk memudahkan anda dalam kerja menggaul semasa proses mencairkan coklat. Spatula plastik ini lebih selamat digunakan berbanding spatula yang lain.

3. Stainless Steel

Bekas stainless steel juga merupakan peralatan yang wajib anda miliki. Saya pasti anda sudah memiliki bekas ini untuk kerja-kerja memasak sebelum ini. Jadi, apakah kegunaan bekas ini? Coklat akan diletakkan ke dalam bekas ini yang mampu menyerap dan membebaskan haba dengan baik. Seterusnya akan diletakkan ke dalam food warmer. Saya sarankan untuk menggunakan bekas stainless steel ini kerana ianya tahan lasak dan semestinya boleh digunakan untuk kerja yang seterusnya.

4. Mold/ Bekas Acuan

Coklat handmade anda tiada bentuk dan rupa jika anda tidak menggunakan mold. Terdapat pelbagai bentuk boleh anda miliki yang ada dipasaran. Harga 1 mold ini bukanlah murah, ia juga memakan kos lebih kurang RM20-RM50. Sebagai permulaan anda ada 1 mold pun sudah memadai. Ia sangat membantu anda dalam pembentukan coklat anda nanti. Kita tidak dapat menyelesaikan segala kerja-kerja seharian dengan mudah tanpa bantuan peralatan-peralatan tertentu.


Pembuatan coklat handmade bukanlah sesuatu perkara yang rumit jika anda dapat sediakan peralatan yang terbaik. Bukan sahaja peralatan, ilmu dan kemahiran adalah aset yang paling penting untuk anda menghasilkan coklat handmade yang berkualiti tinggi.
Tag : , , , ,

Kenal Pasti Jenis Coklat Sebelum Membuat Coklat Handmade



Bagaimana untuk terntukan jenis coklat yang sesuai untuk membuat coklat handmade? Ini mungkin menjadi masalah bagi anda yang masih baru dalam dunia pembuatan coklat handmade. Tapi ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar. Saya pasti anda tercari-cari bagaimana untuk atasi masalah ini. Saya akan kongsikan sedikit info berkenaan jenis coklat yang sesuai untuk anda gunakan.


Mungkin anda sudah tahu beberapa jenis coklat seperti dark coklat, coklat putih, coklat koko dan coklat cair. Tapi jenis coklat apa yang terbaik untuk membuat coklat handmade ? Sudah pastinya coklat jenis compound dan couverture.

Coklat compound adalah sangat sesuai jika anda masih baru dalam pembuatan coklat kerana anda hanya perlu cairkan coklat menggunakan double boiler. Setelah cair anda boleh masukkan ke dalam acuan yang untuk mendapatkan bentuk-bentuk mengikut cita rasa anda. Seterusnya, anda perlu keraskan dalam peti sejuk. Harga coklat compound lebih murah berbanding coklat couverture kerana kandungan coklat compound terdiri daripada serbuk koko, minyak nabati dan pemanis.

Pembuatan coklat couverture pula lebih susah berbanding coklat compound kerana memerlukan proses tempering dimana anda perlu mengawal suhu untuk menstabilkan koko dalam coklat couverture tersebut. Hampir 40% kandungan lemak yang ada pada coklat couverture. Harga coklat couverture pula lebih mahal kerana mempunyai kandungan lemak koko yang lebih tinggi. Tetapi, lemak koko inilah yang menjadikan coklat lebih sedap dan rasa yang lebih asli berbanding coklat compound.


Jadi, anda boleh mula membuat coklat dengan menggunakan 2 jenis coklat ini iaitu coklat compound dan coklat couverture. Biasanya bahan coklat ini boleh didapati di kedai-kedai kek berhampiran dengan anda. Nanti saya akan cuba kongsikan lanjut perbezaan antara coklat compound dan coklat couterture.

Tag : , , , , , ,
 
© Buat Coklat Handmade | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO