Bagaimana untuk terntukan jenis coklat yang sesuai untuk membuat coklat handmade? Ini mungkin menjadi masalah bagi anda yang masih baru dalam dunia pembuatan coklat handmade. Tapi ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar. Saya pasti anda tercari-cari bagaimana untuk atasi masalah ini. Saya akan kongsikan sedikit info berkenaan jenis coklat yang sesuai untuk anda gunakan.
Mungkin anda sudah tahu beberapa jenis coklat seperti dark coklat, coklat putih, coklat koko dan coklat cair. Tapi jenis coklat apa yang terbaik untuk membuat coklat handmade ? Sudah pastinya coklat jenis compound dan couverture.
Coklat compound adalah sangat sesuai jika anda masih baru dalam pembuatan coklat kerana anda hanya perlu cairkan coklat menggunakan double boiler. Setelah cair anda boleh masukkan ke dalam acuan yang untuk mendapatkan bentuk-bentuk mengikut cita rasa anda. Seterusnya, anda perlu keraskan dalam peti sejuk. Harga coklat compound lebih murah berbanding coklat couverture kerana kandungan coklat compound terdiri daripada serbuk koko, minyak nabati dan pemanis.
Pembuatan coklat couverture pula lebih susah berbanding coklat compound kerana memerlukan proses tempering dimana anda perlu mengawal suhu untuk menstabilkan koko dalam coklat couverture tersebut. Hampir 40% kandungan lemak yang ada pada coklat couverture. Harga coklat couverture pula lebih mahal kerana mempunyai kandungan lemak koko yang lebih tinggi. Tetapi, lemak koko inilah yang menjadikan coklat lebih sedap dan rasa yang lebih asli berbanding coklat compound.
Jadi, anda boleh mula membuat coklat dengan menggunakan 2 jenis coklat ini iaitu coklat compound dan coklat couverture. Biasanya bahan coklat ini boleh didapati di kedai-kedai kek berhampiran dengan anda. Nanti saya akan cuba kongsikan lanjut perbezaan antara coklat compound dan coklat couterture.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment