Showing posts with label apa itu coklat. Show all posts
Showing posts with label apa itu coklat. Show all posts

Nak Belajar Buat Coklat?


Coklat merupakan makanan universal dan menjadi minat hampir semua orang, tak kisahlah samada anak kecil, yang dah bersekolah hatta orang dewasa sekalipun. Maksudnya, pasaran coklat ni amat luas. Belum lagi termasuk acara yang selalu menggunakan coklat sebagai signature atau simbol event. Permintaan untuk coklat akan melonjak apabila tibanya perayaan dan cuti sekolah (sebab banyak hantaran untuk orang kahwin).

Jadi, kami di sini menyediakan kelas cara buat coklat secara online bagi mereka yang nampak peluang ini. Anda boleh belajar buat coklat samada untuk makan sendiri atau juga jika nak berniaga dari rumah. Anda dipersilakan.

Untuk belajar cara buat coklat online dari rumah anda boleh join >>SINI<<

Anda meminati coklat dan mahu belajar cara membuat aneka coklat dengan pakar coklat? Kini ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan coklat mereka dari rumah samada secara separuh masa ataupun sepenuh masa. Anda bila lagi? Kini anda boleh membuat coklat khas untuk keluarga atau menjualnya kepada rakan-rakan …..

Permintaan terhadap coklat buatan tangan memang sentiasa ada kerana rasanya yang pelbagai dan unik berbanding dengan coklat bar yang dibeli di kedai. Permintaan akan memuncak apabila musim perayaan dan juga cuti sekolah. Kenapa? Sudah tentu… Perkahwinan dan Pertunangan!
Jangan tunggu lagi, mulakan dari sekarang dan anda boleh menjalankan perniagaan coklat anda sendiri. Maklumat lanjut..

Mahukah anda belajar membuat coklat sendiri dengan lebih terperinci serta menjana pendapatan melaluinya?

Pelajari langkah demi langkah cara membuat coklat di rumah istimewa dari PuanShida. Anda juga boleh menjana pendapatan dengan menjual coklat buatan sendiri dan perolehi keuntungan mencecah 300% daripada kos membuat coklat.

Panduan ini dikarang khas sebagai salah satu alternatif bagi anda mendapatkan pendapatan sampingan dari rumah dengan usaha sendiri. Panduan bukan sahaja untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan, bahkan sesuai bagi sesiapa sahaja yang berminat dengan coklat dan suka mencuba resepi baru.

Untuk maklumat lanjut serta testimoni, sila klik banner di bawah:
Tag : , , ,

Kenal Pasti Jenis Coklat Sebelum Membuat Coklat Handmade



Bagaimana untuk terntukan jenis coklat yang sesuai untuk membuat coklat handmade? Ini mungkin menjadi masalah bagi anda yang masih baru dalam dunia pembuatan coklat handmade. Tapi ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar. Saya pasti anda tercari-cari bagaimana untuk atasi masalah ini. Saya akan kongsikan sedikit info berkenaan jenis coklat yang sesuai untuk anda gunakan.


Mungkin anda sudah tahu beberapa jenis coklat seperti dark coklat, coklat putih, coklat koko dan coklat cair. Tapi jenis coklat apa yang terbaik untuk membuat coklat handmade ? Sudah pastinya coklat jenis compound dan couverture.

Coklat compound adalah sangat sesuai jika anda masih baru dalam pembuatan coklat kerana anda hanya perlu cairkan coklat menggunakan double boiler. Setelah cair anda boleh masukkan ke dalam acuan yang untuk mendapatkan bentuk-bentuk mengikut cita rasa anda. Seterusnya, anda perlu keraskan dalam peti sejuk. Harga coklat compound lebih murah berbanding coklat couverture kerana kandungan coklat compound terdiri daripada serbuk koko, minyak nabati dan pemanis.

Pembuatan coklat couverture pula lebih susah berbanding coklat compound kerana memerlukan proses tempering dimana anda perlu mengawal suhu untuk menstabilkan koko dalam coklat couverture tersebut. Hampir 40% kandungan lemak yang ada pada coklat couverture. Harga coklat couverture pula lebih mahal kerana mempunyai kandungan lemak koko yang lebih tinggi. Tetapi, lemak koko inilah yang menjadikan coklat lebih sedap dan rasa yang lebih asli berbanding coklat compound.


Jadi, anda boleh mula membuat coklat dengan menggunakan 2 jenis coklat ini iaitu coklat compound dan coklat couverture. Biasanya bahan coklat ini boleh didapati di kedai-kedai kek berhampiran dengan anda. Nanti saya akan cuba kongsikan lanjut perbezaan antara coklat compound dan coklat couterture.

Tag : , , , , , ,

Jenis-jenis Coklat

Terdapat banyak jenis produk yang boleh didefinisikan sebagai coklat dan coklat konfeksyeneri selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila bercakap mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat kosong.



1)  Coklat Couverture
Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama iaitu massa koko dan lemak koko. Ianya dikenali sebagai coklat yang bermutu tinggi. Pengendaliannya agak rumit. Rasa coklat ini lebih halus. Maklumlah, coklat Gred A.

2) Coklat Compound
Coklat yang lebih murah, bahan utama yang digunakan serbuk koko manakala lemak koko mengantikan lemak koko asli. Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko dan lemak koko gantian ini dikenali sebagai coklat compound.
Saya menggunakan coklat jenis compund ni. Kalau ada permintaan utk coklat conventure baru saya buat, tapi harga nya sudah berlainan. Coklat compund kurang sensitif terhadap suhu berbanding dgn coklat conventure. Sebab tu harga conventure lebih mahal sikit.

3) Coklat Berperisa
Terdapat coklat berperisa dan berwarna. Ianya adalah coklat putih yang diperisakan dan diwarnakan seperti perisa strawberry, oren dan sebagainya.

4) Coklat tanpa gula
Untuk menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula, bahan utama iaitu gula biasa digantikkan dengan gula tiruan seperti maltitol dan isomalt.
Tag : , ,

Apa Itu Coklat?


Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Coklat boleh diklasifikasikan sebagai coklat tulin atau kompaun. Coklat tulin hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko. Produk-produk koko atau coklat yang tidak memenuhi kriteria tersebut dikenali sebagai coklat kompaun.

Tag : ,
 
© Buat Coklat Handmade | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO