Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang peralatan sesuai buat coklat handmade (buatan tangan).Terdapat pelbagai jenis peralatan yang mampu memudahkan kerja-kerja memasak dan dalam pembuatan bakery. Adakah anda tahu peralatan yang sesuai untuk membuat coklat handmade? Saya percaya di dapur anda juga terdapat peralatan-peralatan tersebut. Food warmer, spatula, bekas stainless steel dan molds merupakan perlatan wajib yang perlu ada. Peralatan-peralatan ini sangat membantu anda. Bak kata orang, ia sebagai nadi utama dalam dunia pembuatan coklat handmade. Bagi yang tidak ada lagi peralatan-peralatan ini, anda disarankan untuk membeli sekarang sebelum kedai tutup.
Sekarang anda sudah pun memiliki peralatan-peralatan tersebut bukan? Ok, sekarang saya akan bagi tahu anda mengapa peralatan-peralatan ini sangat penting dalam pembuatan coklat handmade anda nanti. Secara umumnya, memang semua peralatan disekeliling kita untuk memudahkan kerja-kerja seharian kita. Tetapi bagaimana pula dengan peralatan-peralatan yang saya katakan tadi ?
Pembuatan coklat handmade bukanlah sesuatu perkara yang rumit jika anda dapat sediakan peralatan yang terbaik. Bukan sahaja peralatan, ilmu dan kemahiran adalah aset yang paling penting untuk anda menghasilkan coklat handmade yang berkualiti tinggi.
Tag :
buat coklat,
info coklat,
Peralatan Membuat Coklat Handmade,
perkongsian,
tips
Sekarang anda sudah pun memiliki peralatan-peralatan tersebut bukan? Ok, sekarang saya akan bagi tahu anda mengapa peralatan-peralatan ini sangat penting dalam pembuatan coklat handmade anda nanti. Secara umumnya, memang semua peralatan disekeliling kita untuk memudahkan kerja-kerja seharian kita. Tetapi bagaimana pula dengan peralatan-peralatan yang saya katakan tadi ?
1. Food warmer
Food warmer? saya pasti dikalangan anda masih belum tahu apa yang apakah itu food warmer.. Tengok gambar di atas macam tiada kena mengena sahaja. Food warmer sebenarnya digunakan untuk menyimpan haba selepas air panas dituangkan ke dalam food warmer tersebut. Proses ini akan dilakukan apabila anda mahu mencairkan coklat. Food warmer juga boleh digantikan dengan plus nasi (tempat letak nasi).2. Spatula
Peralatan yang ke dua adalah spatula. Anda mungkin sudah tahu spatula mempunyai pelbagai jenis dan kegunaannya dalam sesuatu kerja. Jadi, bagaimana untuk memilih spatula yang terbaik dan sesuai? Anda pernah lihat tak spatula jenis plastik yang berwarna putih? Jika anda pernah lihat ataupun sudah pun ada di dapur anda, itulah spatula yang terbaik! Spatula ini digunakan untuk memudahkan anda dalam kerja menggaul semasa proses mencairkan coklat. Spatula plastik ini lebih selamat digunakan berbanding spatula yang lain.3. Stainless Steel
Bekas stainless steel juga merupakan peralatan yang wajib anda miliki. Saya pasti anda sudah memiliki bekas ini untuk kerja-kerja memasak sebelum ini. Jadi, apakah kegunaan bekas ini? Coklat akan diletakkan ke dalam bekas ini yang mampu menyerap dan membebaskan haba dengan baik. Seterusnya akan diletakkan ke dalam food warmer. Saya sarankan untuk menggunakan bekas stainless steel ini kerana ianya tahan lasak dan semestinya boleh digunakan untuk kerja yang seterusnya.4. Mold/ Bekas Acuan
Coklat handmade anda tiada bentuk dan rupa jika anda tidak menggunakan mold. Terdapat pelbagai bentuk boleh anda miliki yang ada dipasaran. Harga 1 mold ini bukanlah murah, ia juga memakan kos lebih kurang RM20-RM50. Sebagai permulaan anda ada 1 mold pun sudah memadai. Ia sangat membantu anda dalam pembentukan coklat anda nanti. Kita tidak dapat menyelesaikan segala kerja-kerja seharian dengan mudah tanpa bantuan peralatan-peralatan tertentu.Pembuatan coklat handmade bukanlah sesuatu perkara yang rumit jika anda dapat sediakan peralatan yang terbaik. Bukan sahaja peralatan, ilmu dan kemahiran adalah aset yang paling penting untuk anda menghasilkan coklat handmade yang berkualiti tinggi.