Showing posts with label kebaikan coklat. Show all posts
Showing posts with label kebaikan coklat. Show all posts

Cara Buat Coklat Lolipop versi VIDEO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Semoga semuanya sihat disamping keluarga tersayang.

Saya ada menonton satu video tutorial dari youtube yang menarik iaitu cara buat coklat Lolipop. Saya rasa video tersebut sangat berguna untuk dikongsikan di blog saya ini. Terutamanya kepada orang yang memang berminat untuk belajar buat coklat buatan tangan dan tidak mengetahui apa-apa tentang coklat.




 Klik play untuk menonton video tutorial cara buat coklat lolipop.

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan satu panduan membuat coklat yang bagus walaupun anda langsung tidak tahu asas buat coklat, saya sangat syorkan anda untuk singgah ke website ini dan baca penerangannya >>Coklat Buatan Tangan<<
Tag : , , , , , ,

Apa Starter Kit asas perlu ada untuk buat coklat sendiri?

Salam buat semua pengunjung blog buat coklat handmade..Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria selalu ya. Amalkan senyuman manis semasa membuat coklat... Pasti bertambah sedap hasil coklat yang dibuat. InsyaAllah....

Hari ini saya nak berkongsi apa starter kit yang sesuai untuk asas anda yang ingin belajar buat coklat handmade anda sendiri di rumah... Ramai yang telah bertanyakan saya persoalan ini dan hari ini saya berkesempatan untuk menaip artikel ini buat anda semua...

Ini contoh starter kit untuk buat coklat Lollichoc sendiri di rumah;
  • 1 mold lollichoco 
  • 1 spatula -8 batang lollichoco 
  • 2 piping bag 
  • 1 botol paste (perisa) 
  • 1kg milk choco (anggaran 80-100 batang coklat lollichoco)

 

Di bawah ini ialah contoh-contoh gambar bentuk mould untuk bentukkan coklat;









Kepada yang berminat untuk belajar buat coklat handmade dengan lebih mendalam, saya syorkan anda untuk melihat sendiri ke website ini>> Rahsia Coklat Buatan Tangan dengan Kos Minimun<<
Tag : , , ,

Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan


Kajian telah menunjukkan coklat dianggap makanan yang paling digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Tetapi kajian saintifik juga menunjukkan terdapat kesan-kesan buruk daripada pengambilan pemakanan coklat.Anda jangan terkejut pula, ia cuma sebahagian kecil sahaja yang jarang sekali berlaku dan jangan terus memandang negative ye. Ianya berlaku mungkin terdapat bahan-bahan alahan kepada si pemakan.

Ok, berbalik kepada topik. Banyak kebaikan yang terdapat pada coklat. Antaranya, coklat mempunyai flavinoids yang memberi kesan dalam peningkatan peredaran.Selain itu, coklat mempunyai ciri-ciri anti-oksida yang membantu tubuh untuk menyingkirkan beberapa bahan kimia yang berbahaya di dalam darah.Tetapi sebagai pecinta coklat, anda juga perlu bertanggungjawab terhadap kadar jumlah coklat yang anda makan dalam satu masa. Apa-apa sahaja makanan yang diambil secara berlebihan turut membawa kesan buruk.

Saya ambil contoh, Ubat. Jika anda makan ubat dengan kadar yang berlebihan, ia juga membawa kesan buruk juga bukan ? walaupun anda tahu ia boleh membantu mengubati sakit anda.Untuk sesiapa yang gemar makan makanan yang manis seperti gula-gula, saranan saya supaya gantikan gula-gula kepada coklat kerana kandungan gula pada coklat sangat sederhana berbanding gula-gula.

Adakah anda tahu flavinoids juga boleh didapati pada sayur-sayuran serta buah-buahan dan minuman teh? Ini menunjukkan bahawa pemakanan coklat jauh lebih kepada kebaikan walaupun anda makan sekeping coklat.Kandungan gula pada coklat boleh bertindak sebagai karbohidrat yang boleh memberi tenaga kepada badan. Sesetengah lemak mempunyai kesan yang baik untuk memberi tenaga yang lebih. Selagi lagi diingatkan, jangan ambil secara berlebihan hanya sekadar cukup sahaja.

Coklat juga mempunyai kafein tetapi jumlahnya adalah jauh lebih kecil berbanding dengan kopi. Jadi coklat juga boleh diketegorikan sebagai makanan kesihatan sampingan yang boleh diamalkan dengan kadar yang bersesuaian. Ini hanya sebahagian sahaja kebaikan yang ada pada coklat. Terdapat banyak lagi kebaikan yang boleh di perolehi daripada pemakanan coklat walaupun hanya sekadar sampingan.
Tag : , ,
 
© Buat Coklat Handmade | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO