Resepi Bergambar Biskut Lolipop Bersalut Coklat

Hi kepada pembaca blog Buatcoklat2U. Harap anda semuanya sihat sejahtera. Kalau nak belajar buat coklat kena ceria-ceria selalu tau. Barulah coklat jadi sedap rasanya dan cantik rupanya. ;) Selain berkongsi cara membuat coklat, saya juga ingin berkongsi tips atau maklumat penting yang perlu diambil kira ketika menghasilkan coklat buatan tangan @ buat coklat handmade sendiri yang enak.

Resepi Bergambar Biskut Lolipop Bersalut Coklat

Jelasnya, ketika ingin me­nyediakan bahan, jangan sesekali biarkan air terkena pada coklat. Coklat memang pantang terkena air kerana apabila dicairkan, ia akan bergumpal dan tidak cantik untuk menghasilkan coklat atau kek.






Ketika mencairkan kepingan coklat, ia juga harus menggunakan suhu bersesuaian. Jangan terlalu panas atau sejuk kerana ia akan menjejaskan kualiti tekstur yang dihasilkan, sekali gus menyebabkan coklat atau kek tidak cantik.

Selain itu, kepingan coklat yang pernah digunakan jangan dibiarkan terdedah dan masuk angin kerana ia juga boleh menjadi penyebab coklat bergumpal ketika dicairkan.

Bagi memastikan lebihan kepingan coklat yang belum digunakan tidak terjejas rasa dan kualitinya, simpan di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Jangan letak di tempat panas atau peti sejuk kerana ia mudah rosak dan rasanya kurang enak.

Bersandarkan keyakinannya pada minat dan bakat dimiliki, perniagaan coklat dan gubahan hantaran dapat dijalankan secara dalam talian @ online.
Tag : , , , ,
 
© Buat Coklat Handmade | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO