Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan


Kajian telah menunjukkan coklat dianggap makanan yang paling digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Tetapi kajian saintifik juga menunjukkan terdapat kesan-kesan buruk daripada pengambilan pemakanan coklat.Anda jangan terkejut pula, ia cuma sebahagian kecil sahaja yang jarang sekali berlaku dan jangan terus memandang negative ye. Ianya berlaku mungkin terdapat bahan-bahan alahan kepada si pemakan.

Ok, berbalik kepada topik. Banyak kebaikan yang terdapat pada coklat. Antaranya, coklat mempunyai flavinoids yang memberi kesan dalam peningkatan peredaran.Selain itu, coklat mempunyai ciri-ciri anti-oksida yang membantu tubuh untuk menyingkirkan beberapa bahan kimia yang berbahaya di dalam darah.Tetapi sebagai pecinta coklat, anda juga perlu bertanggungjawab terhadap kadar jumlah coklat yang anda makan dalam satu masa. Apa-apa sahaja makanan yang diambil secara berlebihan turut membawa kesan buruk.

Saya ambil contoh, Ubat. Jika anda makan ubat dengan kadar yang berlebihan, ia juga membawa kesan buruk juga bukan ? walaupun anda tahu ia boleh membantu mengubati sakit anda.Untuk sesiapa yang gemar makan makanan yang manis seperti gula-gula, saranan saya supaya gantikan gula-gula kepada coklat kerana kandungan gula pada coklat sangat sederhana berbanding gula-gula.

Adakah anda tahu flavinoids juga boleh didapati pada sayur-sayuran serta buah-buahan dan minuman teh? Ini menunjukkan bahawa pemakanan coklat jauh lebih kepada kebaikan walaupun anda makan sekeping coklat.Kandungan gula pada coklat boleh bertindak sebagai karbohidrat yang boleh memberi tenaga kepada badan. Sesetengah lemak mempunyai kesan yang baik untuk memberi tenaga yang lebih. Selagi lagi diingatkan, jangan ambil secara berlebihan hanya sekadar cukup sahaja.

Coklat juga mempunyai kafein tetapi jumlahnya adalah jauh lebih kecil berbanding dengan kopi. Jadi coklat juga boleh diketegorikan sebagai makanan kesihatan sampingan yang boleh diamalkan dengan kadar yang bersesuaian. Ini hanya sebahagian sahaja kebaikan yang ada pada coklat. Terdapat banyak lagi kebaikan yang boleh di perolehi daripada pemakanan coklat walaupun hanya sekadar sampingan.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Buat Coklat Handmade | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO