Resepi Coklat Homemade Sedap

Resepi Coklat Homemade Sedap. Anda tengah mencari resepi coklat homemade ? Tak perlu buang masa lagi ! Anda akan belajar bagamaina nak buat coklat homemade pertama anda. Coklat homemade amat mudah disediakan jika anda sudah mempunyai bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahan untuk membuat coklat homemade tidak banyak dan mudah untuk disediakan.

Untuk makluman anda, terdapat dua jenis coklat iaitu coklat compound dan coklat couverture. Dalam resepi coklat homemade kali ini, saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk membuat coklat menggunakan coklat compound sahaja. Coklat couverture agak rumit berbanding coklat compound.



Bahan-Bahan Resepi Coklat Homemade Sedap:

1) Coklat compound. Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate).

2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda seperti kismis, almond, kacang, dan sebagainya.

**terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne.

Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade Sedap:

1) Coklat mould yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya.

2) Piping bag untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.

Cara-cara Menyediakan Resepi Coklat Homemade Sedap:

1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler.

2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.

3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.

4) Sejukkan dalam peti ais.

5) Finally, coklat homemade telah siap untuk dihidangkan atau dijual.

Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini, pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda.

ps: anda juga boleh mewarnakan coklat anda jika anda mahu seperti dalam video >>Chocolate Melting Tutorial Mold Dip Mix Recipe<<

Ranking: 5

{ 13 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Salam, kalau tak letak dalam peti ais. Coklat takkan keras kan?


May 14, 2014 at 4:58 AM
Unknown said...

Sy dah guna coklat jenama beryl tu..dark coklat...tp pahit la.cmner nk bg rs dia agak kurang pahit ye????ada kwn ckp cmpur white coklat ..mcm2 alternatif sy cb utk krgkan pahit tp ttp x bjaya hehe


July 31, 2015 at 10:27 PM
Unknown said...

Sy dah guna coklat jenama beryl tu..dark coklat...tp pahit la.cmner nk bg rs dia agak kurang pahit ye????ada kwn ckp cmpur white coklat ..mcm2 alternatif sy cb utk krgkan pahit tp ttp x bjaya hehe


July 31, 2015 at 10:29 PM
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

xyah gune dark chocolate...gune milk chocolate..rse lbih lmak2...milk ni bkn white ye dear


August 19, 2015 at 7:24 PM
Unknown said...

xyah gune dark chocolate...gune milk chocolate..rse lbih lmak2...milk ni bkn white ye dear


August 19, 2015 at 7:24 PM
Anonymous said...

Coklat compound sama ke dengan coklat masakan?


November 6, 2016 at 4:03 PM
Puan aza said...

Saya nak tanya... Mmg tak yah letak susu manis kah?


August 4, 2018 at 10:46 AM
mbi muhammad said...
This comment has been removed by the author.
mbi muhammad said...

Assalam. Nak tanya. Kalau coklat yg dah siap isi dalam mould tapi tak letak dlm peti sejuk boleh keras ke? Sbb nak letak dlm coolman ais. Takde peti sejukk 😅


October 15, 2018 at 9:59 PM
Ira Kahar said...

Salam nak tanya, lepas letak coklat dalam mould tu, nak letak kat peti ais bahagian atas yang beku atau boleh letak bahagian tengah(part sayuran buahan) ?


April 9, 2019 at 9:39 PM
Rohani Abdul said...

Saya belum pernah cuba. Tapi sekarang nak cuba. Semua bhn dan peralatan dah ready. Cuma nak tanya boleh ke kalau kita lapiskan dark chocolate dan chocolate milk dlm acuan tersebut.


September 2, 2021 at 1:19 PM

Post a Comment

 
© Buat Coklat Handmade | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO