Resepi Coklat Ganache Sedap

Resepi Coklat Ganache Sedap. Jom kita belajar bagaimana nak sediakan coklat ganache sedap. Coklat jenis ini amat mudah untuk disediakan. Biasanya, coklat ganache digunakan untuk sebagai topping atau hiasan kek. Penggunaan coklat ganache dalam penyediaan kek dapat menjadikan kek kelihatan menarik dan lebih sedap. Apa Itu Coklat Ganache??


Ganache berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud 'cusion'. Ganache ada pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan menyalut kek.



Bahan- bahan Resepi Coklat Ganache Sedap:

300 gram dairy whip cream (atau krim putar)
500 gram coklat masakan.
30 gram butter

**Jika sukar untuk mendapatkan dairy whip cream boleh menggantikannya dengan susu segar atau susu perisa coklat. Coklat masakan pula boleh digantikan dengan serbuk coklat atau serbuk koko.

Cara-cara Menyediakan Masakan Resepi Coklat Ganache Sedap:

1. Campurkan coklat masakan yang telah dicincang kecil bersama dairy whip cream ke dalam satu bekas.

2. Panaskan bahan-bahan ini sehingga coklat masakan menjadi cair. Anda boleh menggunakan kaedah double boil atau menggunakan microwave. Pastikan anda menggunakan haba yang sederhana dan tidak terlalu panas, dalam erti kata lain panaskan secara perlahan-lahan.

3. Kacau campuran coklat dan krim putar sehingga sebati. Anda boleh tambahkan butter atau mentega semasa anda mengacau campuran tersebut.

4. Biarkan campuran menyejuk buat seketika. Setelah campuran menjadi suam, anda bolehlah mencurahkan coklat ganache anda ke atas kek.

Video Penyediaan Resepi Coklat Ganache Sedap


Untuk menambahkan pemahaman tambahan tentang cara-cara untuk menyediakan coklat topping atau ganache ini, anda boleh saksikan video di bawah. Caranya agak berlainan kerana chef ini memanaskan coklat dan whip cream secara berasingan. Anda boleh cuba mana-mana cara yang disukai ye.




Selamat mencuba Resepi Coklat Ganache Sedap!

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Buat Coklat Handmade | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO