Perbezaan Coklat Compound dan Coklat Couverture

Salam. Ramai juga yang bertanyakan pada saya tentang perbezaan antara coklat Compound dan Couverture. Ada juga yang salah faham dan menganggap coklat Compound dan Couverture ini sama dengan coklat Masakan. Apa yang boleh saya katakan, coklat Compound/Couverture dan coklat Masakan ialah berbeza dan coklat masakan kurang sesuai untuk dijadikan coklat buatan tangan. Perbezaan antara coklat Compound dan Couverture. Terdapat 3 aspek yang boleh kita lihat untuk mengetahui perbezaan antara coklat Compound dan Couverture.



Coklat Couverture


Coklat Compound



Aspek Kandungan


Bahan utama yang terdapat dalam coklat Compound ialah lemak sayur.
Bahan utama yang terdapat dalam coklat Couverture pula lemak koko.

Aspek Kestabilan



Coklat Compound mudah untuk mencapai kestabilan pada suhu bilik (tidak cair pada suhu bilik).
Coklat Couverture pula memerlukan proses tempering yang betul untuk mencapai suhu yang stabil. (Teknik tempering yang tidak tepat akan menyebabkan coklat mudah cair pada suhu bilik)

Aspek Rasa



Jika memakan coklat Compound, akan rasa sedikit kehausan di tekak.
Coklat Couverture pula mudah cair dan lembut di tekak (tidak rasa haus seperti coklat Cadbury).
Ok. Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Moga perkongsian yang tidak seberapa dari saya ini memberi manfaat kepada pembaca.

Sumber: chef amer


Anda boleh bezakan compound n couverture, sbb dari segi rasa memang kompem couverture paling terbaik! sama jugak rupa dia, couverture punya lebih cantik dan shining. Compound chocolate memang sangat mudah nak dibuat sebab korang just kena cair dan bentukkan balik sahaja menggunakan mould disamping tambah inti coklat atau warnakan untuk lebih menarik. Manakala untuk couverture pulak, penting untuk korang belajar pasal suhu supaya hasilkan coklat handmade yang sedap dan terbaik.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Buat Coklat Handmade | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO