Takut Nak Makan Coklat?

Suka makan coklat? Terpaksa pendam selera makan coklat kerana berdiet? Coklat dan 'Gemuk' adalah perkara yang paling sinonim sehingga ada yang  beranggapan coklat adalah 'Penggoda yang jahat'. Sebenarnya coklat bukanlah sejahat yang disangka walaupun ia faktor terbesar yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Hakikatnya ia mempunyai khasiat tertentu kepada penggemarnya kerana mengandungi protein, karbohidrat, tenaga, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Tidak perlu takut untuk menikmati coklat kerana coklat  kaya dengan antioksidan seperti catechins an phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung, malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, ia turut menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.



Coklat mengandungi zat-zat yang bermanfaat untuk tubuh badan. Diantaranya flavonoid iaitu antioksidan yang membantu melindungi anda dari kesan penuaan disebabkan oleh radikal bebas.

Selain itu, flavoid juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan seimbangkan hormon di dalam tubuh selepas pengeluaran asid nitrik. Sebanyak 60 peratus lemak didalam coklat terdiri daripada asid stearic yang tidak berkaitan langsung dalam proses peningkatan kadar kolestrol.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan serta mengurangkan risiko jangkitan selsema dan ia mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit serta meningkat tahap rasa kesihatan kerana coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.


Walaupun coklat mengandungi zat yang baik untuk kesihatan, Ia tetap mengandungi lemak dan kalori yang tinggi. Tetapi masih boleh menikmatinya dengan jumlah kuantiti yang berpatutan seperti tips di bawah:


  • Makan coklat kira-kira 125 kalori per hari
  • Boleh makan lebih kurang 200 kalori coklat per hari, jika melakukan diet 1500-1600 kalori per hari.
  • Jika mahu makan coklat lebih banyak, kurangkan makanan manis yang lain.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Buat Coklat Handmade | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO